arini wat pertama kalinya aku keluar tengok wayang di kk ni dengan seorang lelaki....dia ialah seorang kawan....jangan plak ada yang salah paham di sini...malam tadi aku ym ngan dia dan beberapa orang yang lain...camne aku kenal dia?hurm...aku kenal since first year lagi aku kat ums ni...sebelum tu aku penah nampak dia kat klia masa 1st time nak bertolak kat sabah...dia adalah seseorang yang boleh ku anggap abang sebab umurnya yang 4 tahun lebih tua daripada aku...entah camne hati aku tergerak untuk mengiyakan perlawaan dia untuk keluar arini... mule2 aku agak kurang berminat bile dia mengajak aku menonton cerita maut arahan bade hj azmi...tapi setelah menontonnya lebih kurang 1jam 45 minit aku dapat merasakan kesannya... cerita ini sangat menginsafkan sesape yang menontonnya...aku paling tertarik dengan cerita yang kedua....membuatkan jantung aku berdegup dengan kencang bile melihat ilusi azab yang dikenakan ke atas farah di alam kubur...aku sangat takut melihatnya walaupun itu hanya sekadar wayang...selepas tengok wayang...kami solat dan pergi makan di restoran getaran jiwa di alam mesra... boleh tahan sedap masakan kat situ....terima kasih aku ucapkan kepada abang tu sebab mengajak aku menonton cerita tu...dalam banyak2 cerita yang aku tengok wat masa ni....cerita maut ni boleh dikategorikan sebagai cerita yang memberi kesan dan membuat aku berfikir walaupun dah bape jam ianya berakhir... kalo sebelum ni...cerita yang menyayat hati dan membuat aku menangis sampai bengkak2 mata ialah cerita 1 litre of tears... kalo ada masa....tontonla cerita2 yang aku sebutkan tadi....harap2 dapat memberi pengajaran berguna kepada kite....insyaALLAH...
Tuesday, January 27, 2009
Wednesday, January 21, 2009
hari rabu yang memenatkan....
Dalam banyak2 hari dalam seminggu rasanya hari rabu adalah hari yang paling memenatkan bagi aku... aku terpaksa memilih untuk pergi ke kelas atau ke penampang pada waktu paginya... kemudian petang perlu menghadiri mesyuarat plak...aduh...kadang2 sampai ke malam mesyuaratnye.... wat masa ni lum penah lagi ar abis awal... kuikui...kalaula pengarah tahu aku duk mengutuk...heheh...maaf yer mawi... akhirnya by hook or by crook aku kena accept tawaran tu...aku takde banyak pilihan pun... takpelah...untuk tidak membebankan pengarah untuk cari pengganti...aku rasa bertanggungjawab untuk ambil alih tugas meaw walaupun sebenarnya aku takut gak nak menggalas tugas mencabar ni.... nampak macam remeh jek...tapi aku fikir2 aku cube jelah yang terbaik... pengarah pun dah berjanji untuk membantu aku mana yang boleh.....dan tadi mesyuarat tamu kali ke-6 untuk tahun 2009... nampak gayanye setiap hari rabu kenala attend...pagi tadi dahla aku skip kelas mikrob sebab aku kejar responden untuk thesis aku... balik dari penampang berkejar2 ke kelas food service cik adilah plak.... aduh....banyaknye benda yang kena belajar....mood nak belajar rajin2 lum datang2 lagi...huahua...pe nak jadilah cik lily ni.... isk2..bak kata kubab...last semester ni perlu dimanfaatkan sepenuhnya.....happy n enjoy semester akhir ni....heheh.... dah 3 hari rasanye aku contact ngan encik zaini....aisey...nama penuh tu.. takde maknanya ber"encik" heheh... mamat ni yang muke budget tak nak tegur orang...even jumpe dalam lif pun angkat2 kening jek ngan aku...huahua,.. tak sangka sekarang dah leh jadi kawan lak ngan dia... but please ar... takde gosip2...kami hanya berkawan...aku dah macam serik nak lalui kisah2 percintaan yang tak ke mana perginya...sebab masih belum berjumpa ngan prince charming lagi...belum jumpe seseorang yang begitu ikhlas menerima aku sepertimana aku menerimanya....dapat menerima baik buruk aku seperti aku menerimanya.... dapat hidup dengan aku bukan untuk sehari dua...sebulan dua bulan....setahun dua tahun tapi untuk ke akhir hayat aku....ececeh...jiwang plak dah...
Thursday, January 15, 2009
start ke penampang....
hari ni hari ke-2 aku ke klinik penampang untuk wat survey....collect data....dan keputusan yang diperolehi masih menghampakan....masih belum dapat ape yang aku dan akmal nak.... cubaan... dugaan...tu la jugak ape yang kami cube tanamkan dalam hati kami 2 arini....try positifkan diri.... supaya kami tak patah semangat...tak lemah semangat....perjalanan perlu diteruskan bile dah melangkah....hurm....penat tu memang penatla....hari2 berulang-alik ke penampang tu dari IP.... atau nama panjangnye Indah Permai... perjalanan dari UMS lebih kurang setengah jamla gak.... tu pun ikut jalan baru....nasiblah Ting baik hati tunjukkan kat aku dan akmal jalan baru tu.... kalo ikut jalan belok2 tu mahu pening gak pale aku....hehhe.... tadi gak aku dah start exercise secara tak sengaja...ni pun bile dah sedar perut dah naik sikit hahha..... setelah penat menunggu bas.. aku berjalan dari bus stop library hingga ke bangunan SSMP.... start jalan jam kul 8:30 pagi... sampai jek dalam kul 8:55 pagi.... lebih kurang 25 minit perjalanan dengan menggunakan kudrat sendiri....itu pun aku takdelah jalan cepat2 sangat pun....bestla gak sesekali buat macam tu... dapat menikmati keindahan UMS ni sepuas2nya sebelum pergi meninggalkan sini....hari2 yang aku lalui sekarang ni semakin tenang walaupun semakin banyak cabaran yang mendatang... tak tahulah kenapa....rasa macam burung yang bebas terbang ke mana2 yang aku inginkan... tak perlu lagi risau jika aku melakukan sesuatu yang dia tak suke....tak perlu lagi nak memikirkan semua tu...aku bebsa memilih jalan hidup aku sendiri... dan aku memilih untuk memperbetulkan jalan aku yang dah ala2 bengkok sebelum ni....hahah.... terima kasih sebab beri aku peluang ini... terima kasih sebab masih setia sebagai kawan.....(^_*)
Tuesday, January 13, 2009
bermulanya perjuangan semester akhir....
semester akhir pengajian akhirnya masuk minggu ketiga dan hari2 yang dilalui semakin mencabar dengan pertambahan ilmu yang perlu dipelajari...assignment...lab yang tak lama lagi akan bermula...huhuhu lab report...exam....midsemester exam dan final exam.... dan akhirnya beberapa bulan dari sekarang semua ini akan berakhir dan bertemu dengan titik noktah....amin.... apa yang aku harapkan agar aku dan rakan2 sekalian dapat menghabiskan pengajian pada masanya.... harap2 semua dapat grad tahun ni....amin.... tadi lagi sekali aku dikajutkan dengan berita aku akan dinaikkan ke jawatan bendahari....hurm..aku rasa jawapannya tetap tidak....aku tahu kemampuan aku...tak dapat nak pikul tanggungjawab yang besar...aku perlu menumpukan perhatian pada perkara yang lebih penting daripada itu...aku dah tanya pendapat fadh...syida dan kubab...semuanya pun menyatakan pendapat yang lebih kurang sama....dan jawapannya tetap sama....negatif... minta maaflah mawi...aku tak dapat nak penuhi permintaan kau....harap2 mereka dapat cari orang yang betul2 sesuai dengan jawatan tu...aku?cukuplah sekadar menjadi timbalannya....aku perlu fokus pada projek tahun akhir aku dan tak lupe juga pelajaran aku... masih ada empat subjek yang aku perlu kejar sem ni.... terasa masa berlalu begitu cepat sem ni dan ada banyak lagi benda yang aku kena buat....aku perlukan pemangkin....huhhu....camne pun hati aku kembali tenang dan aku dapat berfikir secara rasional walaupun tanpa kehadiran dia dalam hidup aku....ntahlah belum masanya aku memikirkan benda yang remeh temeh ni...aku perlu buktikan yang aku boleh berjaya dengan usaha aku sendiri dan keredhaan dariNYA....hidup aku semakin ari dirasakan semakin stabil.... terasa lapang jek fikiran ni...moga aku diketemukan dengan insan yang benar2 memahami aku pada masa depan...insyaALLAh....sekarang ni...perjuangan perlu diteruskan sehingga ke akhirnya.... akan aku buktikan kepada dunia......
Friday, January 9, 2009
semalam adalah hari yang mencabar....
semalam aku menghadapi dua perkara yang bagi aku besar dan mencabar untuk aku hadapi.... aku kehilangan dua orang penting untuk aku hadapi hari-hari yang mendatang.... walaupun kedua2nya memberi kekuatan kepada aku daripada sudut yang berbeza tapi mereka penting.....dan aku tak boleh pentingkan diri sendiri...aku kena paham dengan situasi yang mereka hadapi...walaubagaimanapun aku harap mereka gembira dan lega dengan keputusan yang mereka ambil.....insyaALLAH....arini masuk hari ke9 menjengah ke tahun 2009...bagi aku tahun ni tak banyak bezanya dengan tahun2 sebelum ni....mungkin yang bezanya ialah tahun ni menjadi tahun terakhir aku di sini.....di bumi sabah negeri di bawah bayu.....perkara2 yang terjadi kepada aku sejak kebelakangan ini banyak membuat aku berfikir tentang diri aku...masa depan aku...pe sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup aku ini....entahla....aku perlukan masa untuk mengkaji semua ini......dan mungkin betul semua benda yang dia cakap kepadaku...sekarang ni yang paling penting ialah aku dan keluargaku....sesungguhnya aku tak wujud kat muke bumi ni jika mereka tiada...betul tak????ibu dan ayah yang telah membawa aku ke dunia.....dan syukur Alhamdulillah mereka masih setia di sisiku sehingga ke saat ini..... aku tahu aku telah banyak buat silap dalam hidup aku....aku banyak menyakiti hati insan2 sekelilingku....aku dah sedar semua ini dan aku berazam untuk membaiki setiap kesalahan aku ini.....ibu...ayah dan adik adalah kekuatan yang aku ada sekarang ni selain daripada diriku sendiri....terima kasih kepada mereka kerana menerima aku seadanya.....
Thursday, January 8, 2009
coretan pertamaku....
assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya......dah lama dah aku mengimpikan untuk ada blog sendiri dan akhirnya aku diberi kesempatan pagi ni......syukur ke hadratNYA yang telah memberi aku peluang untuk melihat dunia lagi pagi ni....syukur juga ke hadratNYA yang masih menyayangi hambaNYA yang sering kali melakukan kesilapan.....aku tahu aku dah banyak sangat buat silap dalam hidup aku....dan aku harap aku diberi masa dan peluang untuk aku betulkan semua..... manusia itu sememangnya tiada yang sempurna dan aku akan usahakan untuk ke arah yang lebih baik daripada tahun2 sebelum ni....pagi ni sepatutnya aku bersiap2 untuk pergi jumpe penyelia projek tahun akhir dan berbincang dengan Meaw tentang budget untuk tamu bulan 2 nanti.... tapi aku masih belum bersedia untuk keluar...aku perlu masa untuk menenangkan diri aku sendiri.... dan aku akan rasa lega bile aku dah luahkan semuanya di sini.....mungkin ada yang berpendapat kite tak perlu nak beritahu semua orang...tak perlu nak kongsi ngan semua orang tentang masalah yang kite hadapi....tapi bagi aku semua tu terpulang pada individu....masing2 ada cara tersendiri... dan aku lebih selesa meluahkannya kepada sesiapa pun asalkan dapat melegakan apa yang terbuku dalam hati aku ni....dengar macam orang yang pentingkan dirikan????hurm...terpulanglah pada pandangan masing2.....yang penting aku tahu pe yang aku lakukan.....aku hanya menyesal sebab aku tak betul2 memberi peluang dan ruang kepada orang yang menyayangi aku sepenuh hati......aku tak pernah nak dengar apa yang dia cube sampaikan pada aku....sebab masa tu bagi aku.....aku tahu pe yang aku wat...tp sebenarnya aku tak sedar langsung tindakan aku tu dah menyeksa hati dan perasaan orang tu.....sekarang ni aku redha dgn keputusannya unntuk melepaskan aku...aku redha hatinya dah tawar terhadap aku....sebab aku tahu ni semua salah aku....aku yang bertanggungjawab atas semua tindakan aku selama ni...aku tak pernah nak cube beri peluang pada diri aku sendiri untuk berubah...aku terlalu degil....dan sekarang semua tu memakan diri aku sendiri....camnepun aku bersyukur.... walaupun tidak sekuat mana....tapi aku akan pastikan aku tidak selemah dulu......moga ALLAH beri kekuatan kepada aku untuk teruskan perjuangan aku yang masih panjang ini.....amin
Subscribe to:
Posts (Atom)