Friday, March 27, 2009

thesis...thesis....

thesis..thesis...dan thesis...kat mana2 aku g sekarang ni sume orang pun cakap pasal bnda ni... apakah yg dah berlaku sebenarnya???demam projek tahun akhir dah melanda...tinggal beberapa bulan jek lagi perjuangan pelajar tahun akhir akan berakhir...huhuhu...beberapa bulan ni la bulan2 yang menentukan kami dapat gradke tak...aku???hurm...aku sendiri pun dah terasa demam ni gak...dah mule dah membayangkan thesisku yang masih berbaki 2 bab yang perlu disempurnakan lagi... namapak mudah..tapi takla mudah mane pun...malam2 tido pun duk pikir...siapkan.. siapkan... hahah... kronik dah demam yang melanda aku dan kawan-kawan seperjuangan sekarang ni... pe2 pun chaiyok2 kepada diri sendiri dan kawan2 gak... perjuangan perlu diteruskan sehingga ke garisan terakhir...tarikh keramat 17 april dan minggu keramat 10 hingga 15 mei perlu disimpan dalam folder pemikiran masing2 di mana penghantaran thesis dan pembentangan thesis..VIVA....aiyak.....pada masa yang sama gak kena bersedia untuk final exam...nampak macam mudah jek sebab da 4 subjek yang perlu ditelaah tapi subjek sume beratla gak...food legilation n regulation... special topics...food service..dan 1 lagi subjek 2nd year dulu...food microbiology.. pasni dah abisla exam2 ni...hurm..harap2 dapatla sambung study lagi pasni.... insyaALLAH.....

Sunday, March 15, 2009

~ingatlah~



Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki...
Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali



Wednesday, March 4, 2009

Tak mungkin kerana sayang~

tak mungkin kerana sayang adalah lagu nyanyian alyah...sape alyah??hurm korang carila sndri sape penyanyi ni.. tertarik dengan setiap baris lirik lagu ni...menceritakan tentang aku...huahua...takde pe yang sedih pun sebenarnya...cume pe yang dah berlaku..biarkanla berlalu....macam angin lalu jek....semalam dapat borak ngan ibu.. dia nak g langkawi lagi..huhuhu...tak aci tul....aku jek yang lum penah jejakkan kaki ke bumi mahsuri tu... harap dapat g pasni...huhuhu...dapat lampu hijau tuk balik masa cuti study week..wahh..sangat gembira oh.... kena siapkan thesis cepat2 pastu balik umah jap untuk tenangkan diri sebelum hadapi final exam untuk final sem... pedulila pe orang nak kata pun...aku sangat rindukan ibu yang juga teman paling baik dan penasihat aku selama ni.....sebenarnya ibu tak tahu lagi pe yang dah berlaku antara aku dan dia....tunggu sampai balik cuti nanti... dan bersedialah untuk mendengar pendapat ibu pasal benda ni...kuikui...mesti akan kuar statement camni..."kawanlah elok-elok sikit"....dan aku akan jawab camni.."dah takde jodoh..nak wat cane" kuikui...jawapan untuk setiap soalan dah aku sediakan...sebenarnya takde pe yang leh aku sesalkan pun...what done is done...yang penting masa depan...hanya ada bape bulan lagi untuk aku redah kehidupan di kota kinabalu ni....pasni tak tahula plak ke mana arah tuju aku....melaka???hurm.....juz wait and see....
Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti